Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Muhammad Asri Haji Awang Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 20 Mac. - Tajuk SD01A Kod 010/002 Eco-perniagaan juga disentuh oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin dengan persoalan mengenai isu yang di mulut-mulut orang ramai baru-baru ini, iaitu lamb shank dan beberapa lagi jenis makanan yang viral di media sosial. Isu ini memang nyata dan yang akan disentuh ialah khusus mengenai apakah manfaatnya kepada hasil fiskal kerajaan.
"Apa yang kaola dimaksudkan di sini ialah mereka itu berniaga secara berkala melalui ekspo atau bazar dan ada sebahagian mereka berniaga di negara ini tanpa ada kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan yang ada.
"Dengan kehebatan cara promo dan pemasaran mereka serta yang turun ke negara ini ialah artis-artis dan orang-orang yang terkenal dari negara jiran, orang kitani sanggup berpusu-pusu dan berbaris panjang dari pagi hingga petang. Ada yang sampai malam untuk membeli produk mereka walaupun harga produk mereka itu ada yang mahal
.
"Adalah difahami bahawa salah satu dari usaha pihak yang tertentu ialah untuk mengurangkan orang kitani Brunei ke luar berbelanja di luar negara dan juga boleh memberi peluang pekerjaan. Sementara kepada anak tempatan sepanjang tempoh ekspo atau bazar berkenaan," ujar Yang Berhormat dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan bagi Rang Undang-undang Perbekalan (2026/2027) dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan pada hari kelapan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 MMN bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.
Yang Berhormat seterusnya menyoal di samping manfaat-manfaat yang disebutkan di atas, apakah manfaat-manfaat yang lain yang negara dapat dari ekspo dan bazar yang melibatkan peniaga luar ini, adakah ia berunsurkan kepada dapatan hasil fiskal kerajaan atau aliran wang kitani masih mengalir keluar melalui keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat berkenaan yang diakhiri ekspo atau bazar itu dibawa balik ke negara mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah seterusnya menjawab mengenai dengan lamb shank yang terjadi dalam satu Food Fair di Jerudong pada hujung tahun lepas. Dan, ia membeli barang-barangnya suppliernya dari Brunei. Dengan adanya penglibatan food operator dari tempatan dengan beberapa pintu.
Selepas acara berkenaan, Yang Berhormat sempat menghubungi dan berjumpa penganjur. Selepas perundingan dibuat, Yang Berhormat mencadangkan sekiranya masa depan akan mengadakan event yang sama, perlulah melibatkan lagi banyak lagi syarikat-syarikat tempatan.
"Jadi, kaola mencadangkan kalau isu ani kalau kan masa depan kalau kan mengadakan lagi event yang sama, mesti lebih banyak manfaatkan kepada anak-anak tempatan jua. Jadi, dicadangkan barang-barang yang kan dibeli seperti lamb shank apa semua mesti dibeli daripada supplier dari Brunei termasuk ice block dan sebagainya.
"Lepas atu yang syarikat yang ikut serta dalam Food Fair pada masa depan, bila durang mengadakan event yang sama di negeri asal durang, mesti membawa orang kitani jua ke sana ikut. Jadi, ani sudah dalam perjanjian biskaola ani ia agree ani ia kan buat. Jadi, supaya apa namanya ni bisnes tempatan ani dapat expose kepada negeri-negeri yang di luar dengan beberapa province-province yang ada durang mengadakan event yang sama. Jadi, ani sudah dikira di monitor," ujar Yang Berhormat Dato lagi.